JIWA PRIHATIN

— Translated by Hisham Idris —
Nur Azmina Burhan, pereka fesyen rambut profesional dan sukarelawan PERTIWI
Jiwa Prihatin
Sukarelawan PERTIWI bertugas sekurang-kurangnya empat malam seminggu untuk menghulurkan makanan kepada golongan gelandangan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur. Peranan Nur Azmina sebagai seorang sukarelawan pula sedikit berbeza kerana dia menyediakan khidmat menggunting rambut secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
“Salonnya” terdiri daripada sebuah bangku yang diletak di atas beberapa keping beg plastik sampah. Sedang dia sibuk membuat persiapan, para “pelanggannya” yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, muda dan tua telah sedia beratur menunggu giliran. Dia kelihatan mengenali hampir kesemuanya dan boleh dilihat berbual-bual dengan mereka sambil menjalankan tugasnya.